Rahsia Lulus Peperiksaan Online Separa Perubatan

Rahsia Lulus Peperiksaan Online Separa Perubatan

Rahsia Sukses Peperiksaan Online Separa Perubatan

Peperiksaan Online Separa Perubatan pada masa sekarang dijalankan secara online. Ianya jauh berbeza dengan pengambilan Pegawai Separa Perubatan tahun-tahun sebelum ni. Namun begitu kebanyakan soalan peperiksaan Separa Perubatan yang bakal ditanya konfem lebih kepada bidang Separa Perubatan itu sendiri. Badan yang bertanggung jawab mengendalikan program Separa Perubatan pula ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Rahsia sebenar kejayaan seseorang calon Separa Perubatan untuk lulus peperiksaan online Separa Perubatan bergantung kepada persediaan anda. Disebabkan peperiksaan ini diadakan oleh Kerajaan Malaysia, anda perlu membuat persediaan dengan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran Malaysia, Kementerian-kementerian, Suruhanjaya-suruhanjaya Malaysia, Jabatan-jabatan kerajaan dan Agensi-agensi kerajaan. Maklumat ini terlalu banyak dan luas jika hendak dicari dan diingati dalam masa yang singkat.

Komponen Peperiksaan Online Separa Perubatan

Dalam setiap peperiksaan yang diuruskan oleh SPA, terdapat komponen peperiksaan online Separa Perubatan yang boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada calon-calon peperiksaan online Separa Perubatan membuat persediaan awal. Biasanya ianya mengandungi 2 seksyen iaitu Pengetahuan Am dan Ujian Psikometrik. Kedua-dua seksyen tersebut perlu dijawab dengan betul dan menepati kriteria yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Calon-calon yang dipanggil menduduki peperiksaan online Separa Perubatan wajib lulus kedua-dua seksyen dan kemudiannya akan dipanggil ke temuduga Separa Perubatan.

Seksyen Pengetahuan Am Separa Perubatan

Kerjaya sebagai Pegawai Separa Perubatan di bawah KKM. Oleh itu calon-calon harus tahu apa maklumat yang berkaitan dengan KKM seperti sejarah penubuhan, misi dan visi, piagam pelanggan, carta organisasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh KKM. Selain itu anda harus tahu beberapa perkara yang dianggap remeh majoriti calon sebagai contoh, perbezaan di antara hospital dan klinik. Ambil inisiatif untuk mencari maklumat mengenai rancangan dan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan.

Istilah-istilah perubatan yang asas juga patut diambil kira. Anda mungkin tidak biasa dengannya tetapi ini adalah peluang yang terbaik untuk mengkaji bidang Separa Perubatan. Di antara istilah-istilah yang perlu diketahui ialah:

1. Forensik – Pembedahan dan kajian mayat untuk memperolehi maklumat berkenaan punca kematian contohnya jenayah dan kes-kes lain
2. Obstetrik dan Ginekologi – Perbidanan, sakit puan dan perkara berkaitan penyakit perempuan
3. Onkologi klinikal – Penyakit kanser, terapi radiasi, terapi hormon dan kemoterapi
4. Patologi kimia – Kajian dalam makmal berkenaan cecair badan
5. Ortopedik – Penyakit dan pembedahan sendi dan tulang
6. Pediatrik – Bidang khusus untuk penyakit kanak-kanak
7. Histopatologi – Kajian tisu dan sel dalam makmal
8. Oftalmologi – Penyakit dan pembedahan mata
9. Nefrologi – Sakit ginjal atau buah pinggang
10. Radiologi – Khas tentang penggunaan x-ray
11. Gastroenterologi – Saluran pencernaan
12. Dermatologi – Penyakit kulit
13. Kardiologi – Jantung

Institusi-institusi penyelidikan kesihatan di Malaysia menjalankan pengurusan dan penyelidikan dalam disiplin kesihatan am melibatkan penyakit berjangkit contohnya demam denggi, taun, malaria, mulut dan kuku dan lain-lain. Bidang ini menumpukan kepada langkah pencegahan dan rawatan kepada sesuatu penyakit yang melibatkan orang ramai.

Senarai institusi-institusi kesihatan di Malaysia

1. Institut Kesihatan Umum (IKU)
2. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
3. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
4. Kumpulan Perubatan Johor (KPJ)

Seksyen Ujian Psikometrik Separa Perubatan

Ujian Psikometrik turut diaplikasikan dalam bidang Separa Perubatan. Ia perlu dijawab semasa peperiksaan online Separa Perubatan, selepas calon-calon menjawab bahagian Pengetahuan Am. Ujian psikometrik ini akan digunakan untuk menapis calon-calon yang benar-benar berminat untuk menceburi bidang ini. Berdasarkan rekod yang lepas, dianggarkan 40,000 calon akan ditapis untuk memenuhi kekosongan yang kurang dari 2,000 tempat.

Ujian Psikometrik ini bakal menentukan ukuran minat dan kecenderungan calon untuk melayakkan diri masuk ke latihan Separa Perubatan. Perlu difahami bahawa bidang kerjaya ini memerlukan anda untuk bercampur, berurusan dan berkomunikasi dengan orang ramai dari pelbagai jenis pesakit dari berbeza usia. Sekiranya jawapan anda tidak cenderung kepada skop kerja sebagai anggota Separa Perubatan, berkemungkinan besar anda akan gagal dan dikeluarkan dari senarai calon untuk ujian temuduga.

Anda terpaksa menunggu setahun lagi untuk menduduki peperiksaan online Separa Perubatan. Bukankah itu satu kerugian? Jika lulus peperiksaan online tetapi gagal temuduga, anda akan dipanggil ke sesi temuduga sekali lagi. Jika awal-awal lagi sudah gagal peperiksaan, maka peluang anda untuk ditemuduga akan hilang begitu sahaja. Buatlah persediaan rapi supaya anda tidak akan menyesal nanti. Sekurang-kurangnya berusahalah supaya dapat dalam lulus peperiksaan online Separa Perubatan.

Kunci kejayaan peperiksaan online Separa Perubatan

Untuk menceburi bidang Separa Perubatan, perkara pertama yang harus dilakukan ialah mendaftar di laman rasmi SPA. Ada 3 bidang peringkat sijil dan 10 bidang peringkat diploma. Kemudian pastikan anda tersenarai sebagai calon-calon peperiksaan online Separa Perubatan. Bagi menghadapi peperiksaan tersebut, anda wajib mendapatkan ebook rujukan Separa Perubatan sebagai persediaan awal. Ia tidak mengandungi soalan bocor atau soalan ramalan dari mana-mana badan atau agensi kerajaan.

Bagaimana nak pilih jawapan yang tepat semasa peperiksaan Separa Perubatan?

Ditulis oleh sekumpulan penulis kerjaya profesional, ia mengandungi nota berkaitan Separa Perubatan dan Ujian Psikometrik. Contoh soalan Separa Perubatan turut disertakan untuk anda membuat latihan persediaan supaya tidak kekok semasa menghadapi peperiksaan online Separa Perubatan nanti. Ia tidak menjamin bahawa anda akan lulus dalam peperiksaan, namun sekurang-kurangnya anda tidak perlu bazirkan masa mencari maklumat berjam-jam sehingga mengurangkan masa persediaan anda.

error: Content is protected !!