Apa Itu Ujian Psikometrik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?

Apa Itu Ujian Psikometrik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?

Majoriti calon-calon yang dipanggil menduduki Ujian Psikometrik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) agak keliru format ujian ini.

Kami dapati ada sebahagian besar calon kerap bertanya soalan sama ini berulang kali. So di dalam artikel ini kami akan kongsikan apa yang patut anda tahu sebelum menduduki Ujian Psikologi ini.

Jadi ini apa yang calon-calon perlu tahu tentang Ujian Psikometrik ini?

Apa Itu Ujian Psikometrik?

Ujian Psikometrik adalah salah satu dari kaedah yang digunakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menapis semua calon yang ingin memasuki bidang perkhidmatan awam.

Ujian ini diwajibkan kepada semua calon sebelum dipanggil ke sesi temuduga kerja dan merupakan sebahagian daripada sistem peperiksaan online SPA.

Tiada format yang tetap untuk soalan dan jawapan Ujian Psikometrik ini. Tetapi calon-calon akan diberikan beberapa pilihan jawapan berbentuk objektif.

Manakala pilihan jawapan pula dalam bentuk semudah 2 pilihan jawapan, 3 pilihan jawapan, 4 pilihan jawapan ataupun 5 pilihan jawapan.

  • Ya atau Tidak
  • Betul atau Salah
  • Ya, Tidak, Atau Tidak Pasti
  • Betul, Salah, Atau Tidak Pasti
  • Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju, Atau Sangat Tidak Setuju
  • Dan lain-lain

Konfem semua calon nak tahu kan apakah perkara yang boleh dinilai oleh SPA melalui Ujian Psikometrik ini?

Apa Perkara Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik?

Terdapat plebagai perkara tentang diri anda yang boleh dinilai melalui Ujian Psikometrik. Penilaian ini penting bagi memastikan hanya calon yang benar-benar layak sahaja diambil untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Di bawah ini diberikan perkara-perkara penting yang akan dinilai:

  • Integriti
  • Disiplin
  • Cara berfikir
  • Emosi
  • Kepimpinan
  • Tingkah laku
  • Kerjasama
  • Kebolehan sosial
  • Komunikasi
  • Toleransi
  • Dan lain-lain

Berapa Markah Yang Diperlukan Untuk Lulus Ujian Psikometrik?

Sebenarnya tiada markah minima untuk lulus bagi Ujian Psikometrik. Ujian ini bertujuan untuk menguji personaliti calon. Oleh itu tiada jawapan betul atau salah dalam ujian ini.

Namun…

Soalan Ujian Psikometrik ini tricky sedikit.

Soalan dengan maksud yang sama akan ditanya beberapa kali dalam bentuk yang berbeza bagi memastikan penilaian terhadap calon yang mengambil Ujian Psikometrik tersebut adalah tepat.

Jadi sukar untuk anda menipu perwatakan diri anda lebih-lebih lagi jika anda tidak membuat sebarang latihan.

Kekangan Masa Menjawab

Sewaktu ujian nanti, anda perlu menjawab banyak soalan. Tapi tempoh menjawab pula sangat singkat. Bayangkan, anda ada kurang dari 1 saat untuk menjawab semua soalan yang anda jawab.

Kekangan masa menjawab inilah menyeabkan ramai calon kecundang. Ada yang tidak sempat menjawab semua soalan.

Tengah sibuk menjawab soalan…
Tengah sibuk semak jawapan…

Tiba-tiba terkeluar.

Ramai yang tak sempat nak tamatkan ujian dengan betul.

Portal Ujian Psikometrik SPA

Bagaimana Cara Untuk Mengambil Ujian Psikometrik?

Ujian Psikometrik SPA hanya boleh diambil secara online. Oleh itu anda perlukan talian internet dan juga laptop ataupun komputer.

Anda boleh mengambil ujian menggunakan smartphone.

Tetapi disarankan supaya anda gunakan laptop ataupun komputer sahaja untuk menjawab soalan ujian dengan lebih selesa.

Bagi calon yang diminta mengambil ujian psikometrik selepas lulus temuduga kerja kerajaan, portal untuk ujian psikometrik online SPA boleh diakses melalui link di bawah ini.

http://psikometrik.spa.gov.my

Penting:

Jika anda diminta untuk menjawab ujian psikometrik anda pada tarikh dan masa yang ditetapkan, pastikan anda menjawab ujian psikometrik anda pada tarikh dan masa yang ditetapkan sahaja.

Beri perhatian kepada link bagi memasuki ujian yang diberikan kepada anda. Link anda mungkin berbeza dari calon lain.

Pastikan anda kerap memeriksa emel yang anda gunakan sewaktu mendaftar SPA8i untuk sebarang makluman dari pihak SPA.

Banyak kes telah berlaku.

Ramai calon terlepas mengambil ujian online SPA kerana mereka tidak memeriksa emel mereka.

Berapakah Jumlah Soalan Ujian Psikometrik Yang Perlu Dijawab?

Jumlah soalan tidak tetap dan berubah ikut keperluan ujian online yang dijalankan pihak SPA. Anda jangan risau sebab SPA akan maklumkan jumlah soalan dan tempoh menjawab kepada anda.

Jadi anda ada masa untuk buat persediaan.

Dalam format lama sewaktu semua seksyen A, B dan C digabungkan, calon yang memohon jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 perlu menjawab 143 soalan dalam masa 30 minit dalam seksyen ujian psikometrik.

Bagi calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada Januari 2018 yang lepas pula mereka perlu menjawab 382 soalan psikometrik dalam tempoh masa 1 jam seperti yang telah ditetapkan.

Cuba anda kira, berapa masa yang anda ada untuk menjawab 1 soalan?

Anda rasa cukup tak?

Ujian Psikometrik SPA kini mempunyai soalan matematik.

Betul Ke Ada Soalan Psikometrik Matematik?

Ya betul, memang ada soalan matematik.

Bermula Jun 2018 pihak SPA telah memasukkan komponen soalan Daya Menyelesaikan Masalah dalam soalan Ujian Psikometrik SPA.

Untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 sesi Januari 2019 misalnya, calon perlu menjawab 115 soalan. 30 soalan mengandungi soalan Daya Menyelesaikan Masalah. Baki 85 soalan lagi pula soalan psikologi.

Jadi selain membuat latihan untuk jawab soalan psikometrik, anda juga perlu membuat latihan menjawab soalan matematik.

SAYA TAK SEMPAT JAWAB SEMUA SOALAN

“Tolong… Saya tak sempat jawab semua soalan!”

Jika anda hadapi situasi ini.

Bertenang.

Semua jawapan anda selamat kerana sistem ujian online SPA ada fungsi autosave. Jawapan anda akan autosave apabila masa menjawab tamat.

Bagi yang sempat pula, selepas anda selesai menjawab soalan ujian, anda perlu klik button “SELESAI” dan satu notifikasi akan dipaparkan.

“ANDA SELESAI MENJAWAB SOALAN”.

Tahniah sekiranya anda dapat menjawab soalan ujian psikometrik anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.

ASAS PSIKOMETRIK

Dalam Ujian Psikometrik, anda harus menonjolkan nilai positif dan sembunyikan nilai negatif pada diri anda.

Kena buat latih tubi untuk biasakan diri.

Bila anda kurang buat latihan latih tubi, nanti mudah untuk anda terperangkap dalam perangkap soalan psikologi yang telah disusun.

Oleh itu rajin-rajinkan diri anda untuk buat latih tubi.

Suka tak kalau kami berikan anda:

  • Tips menjawab soalan
  • Contoh soalan psikometrik
  • Contoh soalan matematik
  • Contoh soalan perangkap
  • Jawapan disertakan sekali

PENUTUP

Kami harap artikel ini membantu menjawab persoalan yang dihadapi oleh calon yang bakal menghadapi peperiksaan online SPA terutama sekali bagi mereka yang akan menjawab seksyen soalan Ujian Psikometrik.

Apa Sebenarnya Kerja Separa Perubatan

Apa Sebenarnya Kerja Separa Perubatan?

Kerja separa perubatan merangkumi pelbagai profesion dalam bidang kesihatan yang menyokong doktor dan jururawat dalam memberikan rawatan kepada pesakit. Tugas ini termasuk menjalankan ujian diagnostik, menyediakan terapi fizikal, dan memberikan sokongan penjagaan kesihatan am. Kerja separa perubatan penting kerana membantu memastikan sistem kesihatan berfungsi dengan lancar dan efisien.

Read More »
Bagaimana Cara Jadi Jururawat

Bagaimana Cara Jadi Jururawat?

Menjadi jururawat adalah kerjaya yang mulia dan mencabar. Untuk jadi jururawat, seseorang perlu memenuhi kelayakan asas seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik, dan Sains. Selepas itu, langkah seterusnya adalah memilih institusi pendidikan yang diiktiraf untuk mengikuti program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan.

Read More »
Apa Itu Peperiksaan REQT Sarawak

Apa Itu Peperiksaan REQT Sarawak?

Peperiksaan REQT Sarawak adalah ujian dalam talian untuk menilai kelayakan calon dalam perkhidmatan awam negeri Sarawak. Ujian ini mengukur pengetahuan, kemahiran bahasa, dan kemahiran berfikir calon melalui 90 soalan objektif. Pelajari tujuan, format, dan kandungan ujian ini, serta topik-topik utama yang diuji seperti sejarah, geografi, dan teknologi maklumat.

Read More »
Cara Jawab Temuduga

Cara Jawab Temuduga

Cara Jawab Temuduga Untuk 3 Contoh Soalan Yang Biasa Ditanya Untuk artikel ‘Cara Jawab Temuduga’ anda akan diberikan 3 contoh soalan berserta dengan tips yang

Read More »
15 Contoh Soalan Interview Kerajaan

9 Contoh Soalan Interview Kerajaan

9 Contoh Soalan Interview Kerajaan Interview kerajaan merupakan langkah penting dalam proses mendapatkan pekerjaan di sektor awam. Dengan persaingan yang semakin sengit, persediaan yang rapi

Read More »
berapakah gaji yang anda mahu

Cara Untuk Jawab Soalan Berapakah Gaji Yang Anda Mahu?

Cari cara terbaik untuk menjawab soalan berapakah gaji yang anda mahu dalam temuduga kerja. Dapatkan panduan berguna mengenai bagaimana untuk menangani pertanyaan gaji dalam temuduga, termasuk tanyakan jangkaan majikan, tekankan kelayakan anda, dan tawarkan jangkaan gaji yang sesuai. Temui tips penting untuk mengelakkan kesilapan biasa dan tingkatkan peluang anda dalam perbincangan gaji.

Read More »
error: Content is protected !!