Peperiksaan online Penguasa Kastam sebenarnya dibahagi kepada 3 jawatan iaitu Penguasa Kastam WK41, Penolong Penguasa Kastam WK29 dan Pembantu Penguasa Kastam WK19.
Soalan untuk setiap jawatan ada sedikit perbezaan terutamanya dari segi format dan tahap kesukaran. Kebiasaanya format soalan untuk Penguasa Kastam WK41 dan Penolong Penguasa Kastam WK29 adalah sama.
Dalam peperiksaan lepas, terdapat 3 seksyen di dalam kedua-dua jawatan WK41 dan W29. Tuan Puan juga wajib lulus dengan baik ketiga-tiga seksyen ini untuk memastikan peratus berjaya ke peringkat yang seterusnya lebih tinggi. Berbeza dengan format untuk Pembantu Penguasa Kastam WK19 yang hanya terdapat 2 seksyen sahaja (Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris).
Tetapi dari segi tujuan utama Peperiksaan Online Penguasa Kastam untuk ketiga-tiga jawatan tersebut diadakan adalah sama. Peperiksaan Online Penguasa Kastam merupakan tapisan pertama yang harus calon-calon tempuhi sebaik sahaja permohonan SPA anda berjaya.
Berminat nak cuba menjawab Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam? Tuan Puan boleh klik button di bawah: