Contoh Soalan REQT Sarawak WAJIB Anda Cuba

Mesti ramai yang sampai ke blog post ini kerana sedang mencari Contoh Soalan REQT Sarawak kan? Tetapi sebelum kita teruskan kepada Contoh Soalan REQT, anda sekurang-kurangnya perlu tahu serba sedikit info asas tentang ujian ini.

Table of Contents

Sarawak State Civil Service Online Recruitment Entry Qualification Test (Online REQT)

Pernahkah anda mendengar tentang Sarawak State Civil Service Online Recruitment Entry Qualification Test (Online REQT)? Ujian ini memainkan peranan penting dalam menentukan kelayakan anda untuk menyertai perkhidmatan awam di Sarawak. Dalam artikel ini, kami akan memberikan contoh soalan dan panduan yang berguna untuk membantu anda bersedia dengan baik untuk menghadapi ujian ini.

Ujian Online REQT adalah ujian kelayakan dalam talian yang digunakan oleh pihak berkuasa Sarawak untuk menilai pengetahuan am, kemahiran bahasa Malaysia, dan Inggeris calon. Keputusan ujian ini menjadi faktor penting dalam menentukan sama ada anda layak untuk diterima bekerja dalam perkhidmatan awam Sarawak atau tidak.

Format Ujian Online REQT Sarawak

Ujian REQT Sarawak ini dijalankan secara online. Anda akan diberikan pautan (link) untuk akses ujian tersebut pada tarikh dan waktu yang dinyatakan di dalam surat panggilan Ujian REQT anda.

Secara umumnya, Ujian REQT ini dipecahkan kepada 4 bahagian seperti jadual di bawah dan semua soalan wajib disiapkan dalam tempoh masa 1 jam 45 minit.

Persediaan Sebelum Menduduki Ujian Online REQT

Sebelum nak login ke ujian online pastikan anda dah ada internet yang stabil. Kalau guna prepaid pastikan anda TopUp siap-siap. Kemudian calon-calon digalakkan menggunakan komputer (desktop/laptop) berbanding smartphone. Sekiranya anda menggunakan hotspot, bateri smartphone pastikan full. Jangan lupa sediakan juga pensil, kertas dan kalkulator.

Nak mudahkan lagi kerja anda, lebih baik buat checklist seperti di bawah. Semak dan sediakan semua keperluan sebelum mula ujian online.

1. Internet wajib laju
2. Komputer/Laptop
3. Smartphone (full charged)
4. Kertas & pensil
5. Kalkulator

Jadi, jika anda sedang bersedia untuk menghadapi Ujian REQT, anda telah sampai di tempat yang betul. Mari kita mula dengan melihat beberapa contoh soalan dan memberikan panduan berguna untuk membantu anda bersedia dengan baik untuk ujian ini.

Kebiasaanya soalan-soalan yang ditanya merangkumi topik-topik seperti Sejarah Sarawak, Geografi Sarawak, Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital, Pengiraan Matematik, Perlembagaan Negeri Sarawak, Perkhidmatan Negeri Sarawak, Kerajaan Tempatan, Nilai/Integriti dan juga Latar Belakang Jabatan yang calon-calon mohon (Jabatan Kerja Raya Sarawak).

Tetapi sekali lagi ditekankan format soalan mungkin berbeza mengikut tahun. Cuma dengan perkongsian ini diharap akan dapat membantu anda lebih jelas tentang Ujian REQT ini.

Contoh Soalan REQT Sarawak​

Lengkapkan borang di bawah sebelum anda menjawab 20 contoh soalan REQT yang kami sediakan.


Bagi ujian online ini, tiada siapa yang mengawasi anda. Anda bebas berbincang, tidak perlu memikirkan tentang pakaian untuk hadir ke dewan peperiksaan. Anda juga tidak terikat dengan peraturan dewan peperiksaan.

Namun harus diingat apabila terdapat kelonggaran begini, sudah tentu ada perkara yang akan ditimbal semula oleh pihak penganjur. Sebagai contoh, berkemungkinan besar markah lulus akan dinaikkan lebih tinggi. Mungkin juga kriteria pemilihan calon akan diketatkan.

Namun, usah risau kerana Team Infokerjaya ada menyediakan ebook untuk membantu anda membuat persediaan awal sebelum hari ujian online. Team Infokerjaya ada menyediakan rujukan lengkap dengan contoh soalan REQT, nota ringkas Matematik, Sejarah Sarawak dan Bahasa Inggeris.

Tahap kesukaran soalan juga dipelbagaikan supaya anda lebih bersedia bermacam-macam kemungkinan jenis soalan yang akan ditanya nanti.

Team Infokerjaya juga ada menyediakan tips untuk anda membuat persediaan dalam jangka waktu yang singkat ini. KLIK BUTTON di bawah untuk penerangan yang lebih lengkap.

90 Contoh Soalan Ujian REQT Sarawak

Tak Tahu Nak Prepare Apa Untuk EXAM SARAWAK ONLINE REQT Sesi SEPTEMBER 2023 ini?

Semoga artikel ini akan dapat memberikan panduan yang berguna untuk memahami dan membantu anda dalam persiapan Ujian Online REQT nanti. Kejayaan anda dalam ujian ini adalah langkah pertama menuju kepada peluang kerjaya yang cemerlang dalam perkhidmatan awam Sarawak. Semoga berjaya!

error: Content is protected !!