Table of Contents
Pernahkah anda mendengar tentang Sarawak State Civil Service Online Recruitment Entry Qualification Test (Online REQT)? Ujian ini memainkan peranan penting dalam menentukan kelayakan anda untuk menyertai perkhidmatan awam di Sarawak. Dalam artikel ini, kami akan memberikan contoh soalan dan panduan yang berguna untuk membantu anda bersedia dengan baik untuk menghadapi ujian ini.
Ujian Online REQT adalah ujian kelayakan dalam talian yang digunakan oleh pihak berkuasa Sarawak untuk menilai pengetahuan am, kemahiran bahasa Malaysia, dan Inggeris calon. Keputusan ujian ini menjadi faktor penting dalam menentukan sama ada anda layak untuk diterima bekerja dalam perkhidmatan awam Sarawak atau tidak.
Kepentingan dan Objektif Peperiksaan REQT Sarawak
Ujian ini sangat penting kerana ia berfungsi sebagai penapis untuk memastikan bahawa calon yang terpilih memiliki pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berkhidmat dengan cemerlang dalam sektor awam. Ujian ini meliputi pelbagai aspek pengetahuan dan kemahiran yang kritikal, memastikan calon dapat menjalankan tugas dengan efektif dan efisien.
Tujuan Utama Peperiksaan REQT Sarawak
Matlamat utama peperiksaan ini adalah untuk memastikan bahawa calon yang terpilih mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tugas dalam perkhidmatan awam dengan cekap. Antara tujuan khususnya adalah:
Menilai Pengetahuan Am Calon: Ujian ini mengukur tahap pengetahuan am calon dalam pelbagai bidang seperti sejarah, geografi, perlembagaan, dan teknologi maklumat.
Menilai Kemahiran Bahasa: Ujian ini juga menguji kemahiran calon dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bahasa utama yang digunakan dalam urusan rasmi di Sarawak.
Menilai Kemahiran Berfikir: Soalan-soalan dalam ujian direka untuk menilai keupayaan calon berfikir secara kritis dan analitikal, penting untuk membuat keputusan berkesan dalam perkhidmatan awam.
Menentukan Kesesuaian Calon: Peperiksaan ini membantu memastikan hanya calon yang benar-benar layak dan sesuai dipilih untuk mengisi jawatan dalam perkhidmatan awam.
Format Ujian Online REQT Sarawak
Ujian REQT Sarawak ini dijalankan secara online. Anda akan diberikan pautan (link) untuk akses ujian tersebut pada tarikh dan waktu yang dinyatakan di dalam surat panggilan Ujian REQT anda.
Secara umumnya, Ujian REQT ini dipecahkan kepada 4 bahagian seperti jadual di bawah dan semua soalan wajib disiapkan dalam tempoh masa 1 jam 45 minit.
Kandungan Ujian Peperiksaan Online REQT Sarawak
Peperiksaan ini meliputi pelbagai topik penting yang relevan untuk calon-calon perkhidmatan awam di Sarawak. Berikut adalah topik-topik utama yang diuji:
Sejarah Sarawak: Pengetahuan mengenai sejarah penting negeri Sarawak, termasuk peristiwa, tokoh-tokoh, dan perkembangan sejarah yang signifikan. Sejarah Sarawak merupakan kisah yang kaya dengan pelbagai peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang berpengaruh. Terletak di Borneo, Sarawak mempunyai sejarah yang panjang dan kompleks, bermula dari zaman prasejarah hingga kini.
Geografi Sarawak: Pengetahuan mengenai geografi fizikal dan politik Sarawak, termasuk lokasi, sumber alam, iklim, dan ciri-ciri geografi yang unik. Sarawak, negeri terbesar di Malaysia, terletak di pulau Borneo dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, Indonesia di selatan, dan Brunei di utara. Negeri ini terkenal dengan kepelbagaian geografinya yang meliputi hutan hujan tropika yang tebal, sungai-sungai besar, gunung-ganang, dan pantai-pantai yang indah.
Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital: Kefahaman mengenai perkembangan teknologi maklumat, kesan teknologi digital dalam ekonomi, serta penggunaan teknologi dalam perkhidmatan awam.
Pengiraan: Kemahiran asas dalam matematik dan pengiraan yang relevan dengan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan.
Perlembagaan: Pengetahuan mengenai perlembagaan negeri Sarawak dan Malaysia, undang-undang asas, dan hak-hak serta tanggungjawab warganegara.
Perkhidmatan Awam Sarawak: Kefahaman mengenai struktur, fungsi, dan tanggungjawab perkhidmatan awam di Sarawak. Perlembagaan merupakan satu aspek penting dalam Peperiksaan REQT Sarawak, khususnya untuk memastikan calon-calon memahami kerangka undang-undang yang menjadi asas kepada sistem pemerintahan di Malaysia dan Sarawak.
Kerajaan Tempatan: Pengetahuan mengenai peranan dan fungsi kerajaan tempatan di Sarawak, termasuk pentadbiran dan pengurusan komuniti. Kerajaan tempatan di Sarawak memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran dan pengurusan komuniti. Ia merangkumi pelbagai aspek seperti pembangunan infrastruktur, penyediaan perkhidmatan asas, dan pemeliharaan kebajikan masyarakat setempat.
Nilai: Pemahaman mengenai nilai-nilai moral dan etika yang penting dalam perkhidmatan awam, seperti integriti, amanah, dan tanggungjawab.
Peperiksaan ini adalah satu langkah penting dalam memastikan bahawa calon yang layak dipilih untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam di Sarawak, menyediakan satu platform untuk mengukur dan menilai pelbagai aspek pengetahuan dan kemahiran yang kritikal.
Persediaan Sebelum Menduduki Ujian Online REQT
Sebelum nak login ke ujian online pastikan anda dah ada internet yang stabil. Kalau guna prepaid pastikan anda TopUp siap-siap. Kemudian calon-calon digalakkan menggunakan komputer (desktop/laptop) berbanding smartphone. Sekiranya anda menggunakan hotspot, bateri smartphone pastikan full. Jangan lupa sediakan juga pensil, kertas dan kalkulator.
Nak mudahkan lagi kerja anda, lebih baik buat checklist seperti di bawah. Semak dan sediakan semua keperluan sebelum mula ujian online.
1. Internet wajib laju
2. Komputer/Laptop
3. Smartphone (full charged)
4. Kertas & pensil
5. Kalkulator
Jadi, jika anda sedang bersedia untuk menghadapi Ujian REQT, anda telah sampai di tempat yang betul. Mari kita mula dengan melihat beberapa contoh soalan dan memberikan panduan berguna untuk membantu anda bersedia dengan baik untuk ujian ini.
Kebiasaanya soalan-soalan yang ditanya merangkumi topik-topik seperti Sejarah Sarawak, Geografi Sarawak, Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital, Pengiraan Matematik, Perlembagaan Negeri Sarawak, Perkhidmatan Negeri Sarawak, Kerajaan Tempatan, Nilai/Integriti dan juga Latar Belakang Jabatan yang calon-calon mohon (Jabatan Kerja Raya Sarawak).
Tetapi sekali lagi ditekankan format soalan mungkin berbeza mengikut tahun. Cuma dengan perkongsian ini diharap akan dapat membantu anda lebih jelas tentang Ujian REQT ini.
Contoh Soalan REQT Sarawak
Lengkapkan borang di bawah sebelum anda menjawab 20 contoh soalan REQT yang kami sediakan.
Bagi ujian online ini, tiada siapa yang mengawasi anda. Anda bebas berbincang, tidak perlu memikirkan tentang pakaian untuk hadir ke dewan peperiksaan. Anda juga tidak terikat dengan peraturan dewan peperiksaan.
Namun harus diingat apabila terdapat kelonggaran begini, sudah tentu ada perkara yang akan ditimbal semula oleh pihak penganjur. Sebagai contoh, berkemungkinan besar markah lulus akan dinaikkan lebih tinggi. Mungkin juga kriteria pemilihan calon akan diketatkan.
Namun, usah risau kerana Team Infokerjaya ada menyediakan ebook untuk membantu anda membuat persediaan awal sebelum hari ujian online. Team Infokerjaya ada menyediakan rujukan lengkap dengan contoh soalan REQT, nota ringkas Matematik, Sejarah Sarawak dan Bahasa Inggeris.
Tahap kesukaran soalan juga dipelbagaikan supaya anda lebih bersedia bermacam-macam kemungkinan jenis soalan yang akan ditanya nanti.
Team Infokerjaya juga ada menyediakan tips untuk anda membuat persediaan dalam jangka waktu yang singkat ini. KLIK BUTTON di bawah untuk penerangan yang lebih lengkap.
90 Contoh Soalan Ujian REQT Sarawak
Semoga artikel ini akan dapat memberikan panduan yang berguna untuk memahami dan membantu anda dalam persiapan Ujian Online REQT nanti. Kejayaan anda dalam ujian ini adalah langkah pertama menuju kepada peluang kerjaya yang cemerlang dalam perkhidmatan awam Sarawak. Semoga berjaya!
