Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kini ianya bukan lagi RAHSIA cara anda boleh lulus temuduga kerajaan dengan mudah.
Dibawah ini diberikan 7 contoh soalan & jawapan yang biasa ditanya semasa sesi temuduga kerja kerajaan.
Sejak dari bangku sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk menjadi seorang jurutera yang akan berkhidmat kepada negara.
Demi mencapai matlamat tersebut, saya telah mengambil pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Awam. 3 tahun selepas itu, saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UiTM.
Alhamdulillah hasil penat lelah saya berusaha bersungguh-sungguh, saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian saya. Saya juga mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang kejuruteraan awam di sektor swasta di mana saya terlibat dalam projek-projek pembangunan bangunan.
Saya yakin, dengan gabungan akademik saya dan pengalaman yang ada, saya mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberi sekiranya saya berjaya mendapatkan kerja dalam sektor awam ini.
Ya, saya seorang yang sangat aktif. Di sekolah, saya aktif dalam pasukan kadet polis dan selalu menyertai perbarisan di mana-mana acara.
Selain itu juga saya seorang yang aktif dalam persatuan Taekwondo di universiti dan banyak memenangi kejohanan yang sering dianjurkan oleh pihak universiti.
Semasa bekerja pula, setiap petang saya akan ke gimnasium untuk
bersukan dan beriadah demi meningkatkan dan memelihara kesihatan saya.
Kelemahan saya ialah saya seorang suka bekerja lebih masa kerana ingin memastikan kerja yang saya lakukan siap lebih awal.
Sejak di universiti lagi, saya memang jenis seorang suka menyiapkan kerja dengan lebih awal sehingga mengurangkan masa bersosial saya dengan rakan-rakan.
Tetapi, apabila kerja saya siap sepenuhnya terlebih awal, saya dapat melakukan suatu kerja yang baru pula tanpa tekanan dan mungkin saya ada lebih masa untuk mengkaji sesuatu yang baru.
Mungkin kelemahan saya ini dapat diperbaiki supaya saya dapat bekerja dengan cemerlang dan juga dapat bersosial dengan sihat. Mana tidaknya, kerja sahaja tanpa bersosial juga tidak bagus dalam kehidupan seharian.
Untuk makluman tuan, temuduga kali ini adalah temuduga ke-5 saya dalam sektor awam.
Sebelum ini, saya telah menghadiri 4 temuduga dan 2 kali berjaya menjadi calon simpanan.
Dan pada hari ini, saya yakin akan berjaya dalam percubaan kali ke-5 ini. Saya akan terus mencuba sehingga saya berjaya bergelar penjawat awam.
Pada pandangan saya, saya merasakan saya adalah orang yang paling layak memikul jawatan yang ditawarkan ini.
Saya tidak menafikan mungkin ada calon yang lain yang mempunyai kebolehan yang setanding saya dalam memikul tugas ini, tetapi berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman, minat, dan semangat juang yang tinggi dalam jiwa saya, ianya pasti mendorong saya untuk memberikan yang terbaik untuk organisasi atau jabatan yang bakal saya sertai.
Walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian, saya tidak duduk berdiam diri saja tanpa membuat apapun.
Buat masa sekarang, saya menghabiskan masa saya dengan membantu ayah saya di kedai runcitnya. Dapat juga saya mencari wang tambahan di samping membantu keluarga menguruskan kedai runcit tersebut.
Semasa bekerja di kedai runcit milik ayah saya, saya belajar bagaimana untuk menguruskan pembelian barang-barang, menguruskan akaun perniagaan, dan juga belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan ramai pelanggan.
Dari pekerjaan-pekerjaan berikut, saya juga menimba pengalaman dalam menjalankan kerja, berurusan dengan orang ramai, mengurus data dan sebagainya.
Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat tentangnya di Internet dan membaca buku panduan temuduga.
Selain itu saya juga ada bertanya kepada rakan-rakan yang ada pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam-macam lagi persediaan yang saya buat.
Ianya bukan sahaja merangkumi soal zahir saja, saya juga membuat persediaan dari segi mental juga kerana saya tahu bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi persaingannya.
Hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya, dan sebab itulah saya mesti menjadi yang TERBAIK.
Berminat nak dapatkan 200+ lagi contoh soalan & jawapan yang biasa ditanya semasa temuduga kerja kerajaan?
Lagi cepat anda bertindak & membuat keputusan peratus anda untuk lulus temuduga pada kali ini lebih tinggi berbanding calon-calon yang masih tercari-cari bahan persediaan yang perlu diulangkaji.